Assalamualaikum.
Segala puji bagi Allah s.w.t., selawat dan salam ke atas RasulNya s.a.w. dan para sahabat baginda radiallahu anhum.
Musim Euro kembali lagi. Mana2 pun kita akan berjumpa dgn manusia yang membincangkan topik Euro08. Hinggakan pemakanan penulis pun agak terganggu tadi sbb waiter ajak borak pasal Belanda kalahkan Perancis 4-1. Alhamdulillah, Belanda menang. Hop Holland (Belanda Boleh).hehe.
Namun, bukanlah itu yang akan dibincangkan. Sebaliknya kesan daripada kehadiran temasya besar seperti ini, maka melahirkan juga watak dan adegan yang menarik dan tidak menarik. Umpamanya, tidur anak2 yang terganggu dengan jeritan gol para ayahnya, si isteri yg kedinginan memeluk bantal kerana si suami sibuk menonton perlawanan awal pagi, pekerja yang terlambat punch card kerana terlambat bangun untuk pergi kerja, majikan yang merah mata dan kelesuan menahan mengantuk dsb. Ini antara kesan sampingan yg mungkin hadir sepanjang kejohanan berlangsung.
Sedarkah kita, akan kewujudan beberapa peraduan teka bola sempena Euro08 ni? pasti mata kita tidak dapat melarikan perhatiannya pada iklan peraduan yang sentiasa muncul dlm akhbar utama yang menawarkan hadiah yang lumayan, kereta, wang tunai dsb. Ini menarik minat kita untuk membuang sedikit daripada kredit telefon untuk mencuba nasib. Tak apalah, bukannya banyak pun kalau nak dibandingkan dgn jumlah hadiah.
Dipujuk dengan janji manis, peserta pasti akan mendapat hadiah. Manusia akan terperangkap dgn budi yang mungkin ditaburkan oleh penganjur kununnya ingin membantu peserta keluar daripada kepompong kemiskinan. Hakikatnya, mereka cuma mahu mambantu poket mereka yang telah banyak berbelanja mengeluarkan iklan.
Mungkin kita sedikit terlupa atau terleka, bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa bahawa sebarang peraduan sms adalah haram kerana berunsurkan perjudian. Jika kita mengeluarkan hatta satu sen untuk peraduan, maka kita telah mengeluarkan satu sen daripada api neraka.
Kadangkala kita tidak menyedari akan hal ini. Maka selalulah kita melihat sahaja anak2 dan isteri2 kita berkumpul di depan tv meneka talian runtuh, durian siam dsb. Mungkin terdetik juga di hati kita, mana la tau ada rezeki, mungkin bleh guna untuk pergi umrah. Niatnya dah baik, cuma caranya sahaja tak kena. Matlamat tak menghalalkan cara (Al-ghayah la tubiihul mahdzuuraat).
Maka, apa yang terjadi adalah merebaknya perkara2 mungkar dalam rumah kita sendiri. Mungkin kita tak menyedari, tapi kadang2 kita sendiri tak mahu ambil tau. Kadang2 kita ingatkan isi rumah dan suasana baik (biah solehah) telah wujud dlm rumah kita, tetapi kita terlepas pandang perkara yang kecil yang besar impaknya kepada masyarakat.
Mungkin akibat terlalu lalai dengan peraduan sms ini, maka merosakkan ekonomi sesebuah keluarga. Mana dengan harga makanan naik, minyak naik. Kita mungkin pula terpaksa mengeluarkan lebihan wang untuk perbelanjaan prepaid seisi keluarga.
Ditambah lagi dengan kewujudan beberapa syarikat yang mendakwa menyediakan latihan untuk jutawan dgn mewujudkan peluang kepada ahli untuk menganjurkan peraduan sms dsb. Maka, dengan akal yang waras, dan iman yang tegas, marilah kita sama2 mengambil iktibar dan pengajaran agar tidak terjebak dengan maksiat yang kita tidak sedari ini. Sama ada kita terlibat sbg peserta, mahupun penganjur...kedua2nya adalah haram.
Wallahua'lam
Saturday, June 14, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment