Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Tuesday, June 24, 2008

Ar-Rahman dan Ar-Rahim

Assalamualaikum...

Segala puji bagi Allah s.w.t, selawat dan salam ke atas junjungan besar, Muhammad s.a.w., para sahabat baginda r.anhum.

Cinta dan kasih sayang akan sentiasa subur dan mekar di kalangan makhluk ciptaan Allah di atas muka bumi ini. Manusia akan kasih kepada manusia, ayah akan kasih kepada anaknya, isteri akan kasih kepada suaminya. Begitu juga haiwan akan kasih kepada pasangannya, tumbuhan akan kasih kepada debunganya. Ada juga kasih yang melewati batasan jenis, manusia akan kasih kepada haiwan ternakannya, kucing akan sayang kepada tuannya dsb.

Begitulah hebat kuasa kasih dan cinta yang dilahirkan pada setiap hati makhluk tuhan. Betapakah lagi mendalamnya kasih dan cinta Allah s.w.t. terhadap manusia, makhluk ciptaanNya yang paling baik. Menurut ulamak, sifat ar-Rahman itu sendiri menggambarkan pengasihnya Allah s.w.t. terhadap manusia tidak mengira agama mahupun bangsa. Allah memberi manusia rezeki, udara, air, tempat tinggal, kenderaan dsb walaupun hambaNya itu tidak tunduk dan patuh kepadaNya. Allah tidak berkira untuk memberikan setitik air untuk diteguk oleh orang kafir mahupun sesedut udara. Maha Suci Allah yang Maha Pemurah.

Sifat ar-Rahim hanya akan ditunjukkan kepada manusia yang beriman di akhirat nanti. Disebutkan bahawa ketika seorang muslim itu hampir2 memasuki neraka, maka dengan sifat ar-Rahim, Allah menyelamatkannya lalu memasukkannya ke dalam syurga. Sentiasa kita mendengar para alim ulamak mengatakan bahawa kita akan memasuki syurga dengan rahmat Allah. Bukan dengan amalan kita.

Ada manusia di akhirat nanti yang akan membawa segunung amalan, namun tidak diterima oleh Allah dan dicampakkan ke dalam neraka. Ada manusia yang membawa segunung dosa, dengan rahmat Allah, dia memasuki syurga.

Maka itu, janganlah kita mendabik dada mengatakan kita ini hebat dengan amalan kita. Dahi lebam akibat sujud bukanlah penanda aras sebagai ahli syurga.

Seorang sahabat pernah bertanya kepada Nabi s.a.w. perihal seorang sahabat lain yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. sebagai ahli syurga. Lalu sahabat itu ingin menyelidiki. Setelah diselidik, tiadalah amalan yang istimewa yang dilakukan oleh sahabat tersebut. Maka atas sifat ingin tahu, sahabat itu bertanya. Dikatakan bahawa dia tidak melakukan apa2 amalan istimewa, melainkan setiap kali terjaga dari tidur, dia akan menyebut nama Allah dan meninggalkan amalan mengumpat.

Apabila Allah mengarahkan manusia untuk berdoa, maka berdoalah. Pasti akan ditunaikan. Dengan syarat, manusia itu meninggalkan segala yang haram meliputi makanan, minuman, pakaian dan punca pendapatan. Nescaya Allah akan memakbulkan.

Allah akan memberikan pertolongan daripada sesuatu yang tidak disangka. Maka, janganlah di dalam permintaan kita, kita seperti memberikan arahan kepada Allah. Seperti kita meminta supaya Allah memberikan kita pekerjaan sekian, pada hari sekian, pada bulan sekian. Mintalah pada Allah dengan harapan yang menggunung.

Seperti mana ibu Musa a.s. yang menghanyutkan anaknya ke sungai sambil memohon semoga Allah memelihara anaknya daripada kekejaman Fir'aun. Sebaliknya, Allah menyelamatkan Musa a.s. dengan menghantarkan sendiri Musa ke istana Fir'aun. Walaupun Fir'aun mengetahui bahawa itulah bayi yang bakal meruntuhkan kerajaannya, namun Allah telah menyelamatkannya dengan cara mencampakkan kasih dan sayang di hati Asiah, isteri Fir'aun untuk memeliharanya. Dan akhirnya, Fir'aun juga kasih akan Musa a.s.

Begitu juga sewaktu Allah menyelamatkan Ibrahim a.s. ketika dibakar oleh Namrud. Allah tidak menghantarkan hujan untuk memadamkan api. Hatta Jibril sendiri ingin menolong Ibrahim a.s. Namun, kuatnya pergantungan Ibrahim a.s. kepada Allah s.w.t., maka Allah telah memerintahkan api supaya menjadi sejuk dan sejahtera ke atas Ibrahim a.s. (qulna yaa naaru quunii bardan wa salaman 'ala ibrahiim).

Allah akan membantu org miskin dalam kemiskinannya. Allah akan membantu org kaya dalam kekayaannya. Allah akan membantu org yang sakit dalam kesakitannya. Maha Suci Allah yang telah memudahkan segala urusan kita. Semoga Allah memandang kita dengan pandangan ar-Rahman dan ar-RahimNya di atas segala doa dan permintaan kita. Amiinn

Saturday, June 14, 2008

Antara Budi dan Judi

Assalamualaikum.

Segala puji bagi Allah s.w.t., selawat dan salam ke atas RasulNya s.a.w. dan para sahabat baginda radiallahu anhum.

Musim Euro kembali lagi. Mana2 pun kita akan berjumpa dgn manusia yang membincangkan topik Euro08. Hinggakan pemakanan penulis pun agak terganggu tadi sbb waiter ajak borak pasal Belanda kalahkan Perancis 4-1. Alhamdulillah, Belanda menang. Hop Holland (Belanda Boleh).hehe.

Namun, bukanlah itu yang akan dibincangkan. Sebaliknya kesan daripada kehadiran temasya besar seperti ini, maka melahirkan juga watak dan adegan yang menarik dan tidak menarik. Umpamanya, tidur anak2 yang terganggu dengan jeritan gol para ayahnya, si isteri yg kedinginan memeluk bantal kerana si suami sibuk menonton perlawanan awal pagi, pekerja yang terlambat punch card kerana terlambat bangun untuk pergi kerja, majikan yang merah mata dan kelesuan menahan mengantuk dsb. Ini antara kesan sampingan yg mungkin hadir sepanjang kejohanan berlangsung.

Sedarkah kita, akan kewujudan beberapa peraduan teka bola sempena Euro08 ni? pasti mata kita tidak dapat melarikan perhatiannya pada iklan peraduan yang sentiasa muncul dlm akhbar utama yang menawarkan hadiah yang lumayan, kereta, wang tunai dsb. Ini menarik minat kita untuk membuang sedikit daripada kredit telefon untuk mencuba nasib. Tak apalah, bukannya banyak pun kalau nak dibandingkan dgn jumlah hadiah.

Dipujuk dengan janji manis, peserta pasti akan mendapat hadiah. Manusia akan terperangkap dgn budi yang mungkin ditaburkan oleh penganjur kununnya ingin membantu peserta keluar daripada kepompong kemiskinan. Hakikatnya, mereka cuma mahu mambantu poket mereka yang telah banyak berbelanja mengeluarkan iklan.

Mungkin kita sedikit terlupa atau terleka, bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa bahawa sebarang peraduan sms adalah haram kerana berunsurkan perjudian. Jika kita mengeluarkan hatta satu sen untuk peraduan, maka kita telah mengeluarkan satu sen daripada api neraka.

Kadangkala kita tidak menyedari akan hal ini. Maka selalulah kita melihat sahaja anak2 dan isteri2 kita berkumpul di depan tv meneka talian runtuh, durian siam dsb. Mungkin terdetik juga di hati kita, mana la tau ada rezeki, mungkin bleh guna untuk pergi umrah. Niatnya dah baik, cuma caranya sahaja tak kena. Matlamat tak menghalalkan cara (Al-ghayah la tubiihul mahdzuuraat).

Maka, apa yang terjadi adalah merebaknya perkara2 mungkar dalam rumah kita sendiri. Mungkin kita tak menyedari, tapi kadang2 kita sendiri tak mahu ambil tau. Kadang2 kita ingatkan isi rumah dan suasana baik (biah solehah) telah wujud dlm rumah kita, tetapi kita terlepas pandang perkara yang kecil yang besar impaknya kepada masyarakat.

Mungkin akibat terlalu lalai dengan peraduan sms ini, maka merosakkan ekonomi sesebuah keluarga. Mana dengan harga makanan naik, minyak naik. Kita mungkin pula terpaksa mengeluarkan lebihan wang untuk perbelanjaan prepaid seisi keluarga.

Ditambah lagi dengan kewujudan beberapa syarikat yang mendakwa menyediakan latihan untuk jutawan dgn mewujudkan peluang kepada ahli untuk menganjurkan peraduan sms dsb. Maka, dengan akal yang waras, dan iman yang tegas, marilah kita sama2 mengambil iktibar dan pengajaran agar tidak terjebak dengan maksiat yang kita tidak sedari ini. Sama ada kita terlibat sbg peserta, mahupun penganjur...kedua2nya adalah haram.

Wallahua'lam

Sunday, June 8, 2008

The Sunnah of Ihsan

I gratitude and thanks are due to Allah. We thank Him, praise Him, and seek His forgiveness. We seek refuge with Allah from the evil in our deeds and behavior. Whoever fears Allah indeed he is guided, and whoever loses Allah’s way indeed he is lost.

And I bare witness that there’s no God but Allah – Him Alone with no partners; and I testify that Muhammad (pbuh) is His servant and Messenger.
O Allah, praise, bless, and grant salvation to Muhammad (pbuh), to his family and all his companions, and to whoever is rightly guided through his example until the Day of Resurrection, Amen.


Dear brothers & sisters,

Prophet Muhammad (pbuh) said:
“Indeed I have been sent in order to perfect for you your character”
Today, we reflect upon a very important sunnah of Prophet Muhammad (pbuh), which is Al-Ihsan. Al-Ihsan means Al-Itqaan: striving towards perfection in everything that we say & do.
In fact allah command us to do ihsan in every day of life… The prophet said ;
“Verily Allah has prescribed proficiency in Allah all thing , Thus if you kill, kill well and if you slaughter laughter welll.- Muslim


When it comes in the context of speech, Ihsan means that you choose the best words when you speak to or with others. Allah (swt) commanded Prophet Muhammad (pbuh):
“(O Muhammad) Tell My servants to speak in the best possible manner”
So Prophet Muhammad (pbuh) taught us in his Sunnah:
“Who ever believes in Allah and the Day of Judgment, then let him say something good or let him remain silent”
When it comes in the context of deeds, Ihsan means that you choose the best deeds that are accepted by Allah, and you strive to perfect them. Allah (swt) said:
“Truly Allah is with those who keep their duty to Him, and those who are excelling in their deeds”
Keeping our duty to Him is choosing the best deeds that Allah accepts for us, and excelling in our deeds is perfecting them. And so Prophet Muhammad (pbuh) said:
“Allah loves that if you do something, you perfect it or excel in it”
Those who excel in their speech & deeds, Allah promised that He will shower them with His mercy:
“Indeed, the Mercy of Allah is very close to those who perfect their deeds”
If you strive do you your best in everything, then what other reward would Allah bless you with, except with the best rewards? For this reason, Prophet Muhammad (pbuh) teaches us that Ihsan, striving towards perfection in everything that we say & do, was prescribed by Allah in everything that pertains to life!
“Indeed Allah has prescribed achieving perfection in everything!”
Once you strive to achieve perfection in your heart, your mind, your speech, your deeds, your character, your way of living, your dealing with others, everything; then you earn the love of Allah! Allah said in the Quran:
“And march forth in the way (which leads to) forgiveness from your Lord, and for Paradise as wide as the heavens and the earth, prepared for the pious ones. Those who spend (in Allah’s Cause) in prosperity and in adversity, and those who suppress their anger, and forgive the people, and Allah indeed loves those who strive for perfection in their deeds”
Allah treated us with Ihsan; He perfected things for us. He placed us created us in the best possible manner:
“Indeed, We created man in the best form and stature”
The senses, the arms, the legs, the spine, the heart, the brain, and so on. Allah sends a wake up call saying:
“And in the earth are so many signs for those who have faith with certainty, and in yourselves, do you not see (Our signs?)”
And so just like Allah based His treatment on Ihsan, perfection, we are ordered to base everything on Ihsan:
“And perfect, just like Allah perfected things for you!”


Dear brothers & sisters,

Not only that, He will also reward them with the best possible reward:
“Is there any reward for Ihsan other than Ihsan?”
Barakallahu

Saturday, June 7, 2008

Iman Suasana vs Emansipasi

Assalamualaikum..

Sesungguhnya iman adalah sesuatu yang paling berharga. Umpama ruh pada badan, begitulah hakikatnya iman dan amalan. Kita sedia maklum bahawa di akhirat nanti, hanya amalan sahaja yang akan menjadi bekal dan penyelamat serta penentu natijah akhir di akhirat. Jika amalan baik, maka balasannya syurga. Begitulah sebaliknya.

Untuk mengesahkan setiap amalan yang dilakukan di atas dunia ini, memerlukan kehadiran iman. Tanpa iman, segala amalan kebaikan akan tertolak. Oleh sebab itulah, maka syarat untuk penerimaan amalan yang disebutkan di awal sekali iaitu kalimah syahadah. Dengan mengucapkan kalimah syahadah, maka menjadi suatu tiket untuk penerimaan segala amalan sama ada yang kecil mahupun yang besar.

Di akhirat nanti, setiap orang yang mempunyai iman walaupun sebesar zarrah sekalipun, maka akhirnya pasti akan memasuki syurga. Tidak kira sama ada dia merupakan seorang yang fasiq, pelaku dosa besar dan sebagainya. Namun, jika manusia itu terkenal dengan kehidupan yang baik tetapi dia tidak beriman, maka segala amalan kebaikannya yang dilakukan adalah sia-sia.

Iman suasana dikaitkan dengan suatu keadaan iman yang tidak tetap dan mantap. Amalan seseorang berubah mengikut keadaan sekeliling. Sekiranya dia berada di kalangan manusia yang soleh, maka dia akan terdorong melakukan amalan soleh. Manakala jika dia berada di kalangan manusia yang fasiq, maka dia akan terdorong untuk melakukan kejahatan.

Marilah kita sama-sama menilai di manakah tahap keimanan kita? Adakah iman kita sekental iman nabi dan para sahabat yang tidak terkesan dengan suasana sekeliling, ataupun iman kita hanyalah iman suasana, sekejap meningkat, sekejap menurun?

Ulamak memberi gambaran bahawa rata-rata umat akhir zaman ini imannya sentiasa berubah-ubah mengikut suasana. Iman manusia kebanyakan, kadang-kadang naik, ada masanya turun. Maka atas sebab itulah ulamak selalu menyarankan kita agar sentiasa berada dalam suasana yang baik. Tidak ada suasana yang paling baik di atas muka bumi ini melainkan suasana masjid. Dengan membanyakkan masa berada di dalam masjid, maka akan memberi kesan kepada iman kita untuk sentiasa mendorong amal perbuatan ke arah yang baik.

Berdepan dengan masyarakat yang mengamalkan emansipasi yang bebas melakukan apa sahaja tanpa batasan, umat Islam terikat dengan hukum dan peraturan. Dengan berpegang kepada hukum hakam agama, maka kita akan dapat menentukan sejauh mana tahap keimanan kita.

Jika difikirkan secara logik akan sekalipun, maka kita akan mendapati bahawa fitrah manusia itu sendiri terdorong ke arah kebaikan. Namun, suasana banyak mengubah penampilan dan gaya hidup manusia. Mana ada seorang pencuri yang akan menasihati anaknya agar mengikut jejak langkahnya sebagai pencuri? Melainkan dia akan menasihati anaknya agar tidak meniru perbuatannya dan menjadi manusia berguna. Kita juga selalu melihat guru yang merotan anak muridnya merokok, padahal dia sendiri merokok. Inilah yang dikatakan fitrah yang mahukan kebaikan, namun kelemahan iman menyekat niat murni tersebut.

Jika kita berjalan di pasaraya dan ternampak seorang jiran kita yang selalu berbikini ketika mandi di kolam renang komuniti, lalu kita berniat ingin melihat seluar dalam warna apakah yang dipakainya. Kita tanpa segan silu menyelak kainnya. Apakah risiko yang mungkin akan berlaku? Mungkin kita akan ditampar di khalayak. Lebih teruk lagi kita akan dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan mencabul kehormatan. Namun tidak mungkin kita akan dilayan dengan baik semata-mata ingin memenuhi keinginan kita itu.

Sedangkan pada hakikatnya, jika di tepian kolam renang dia tidak segan silu menayangkan pakaian dalamnya kepada kita. Apakah bezanya? Bezanya adalah suasana dan tempat. Seorang gadis akan berasa malu duduk bergesel bersebelahan dengan pemuda yang tidak dikenali jika dalam keadaan biasa. Namun jika berada di dalam bas, tidak wujud langsung perasaan tersebut walaupun perjalanan yang memakan masa itu dipenuhi dengan adegan sentuhan dan geselan.

Inilah tahap iman kita sebenarnya. Kita tidak mampu untuk mengubah suasana seperti para nabi dan sahabat. Sebaliknya, kita sendiri terikut-ikut dengan suasana. Maka, carilah suasana yang baik. Elakkan berada dalam suasana yang boleh menjurus kita ke lembah maksiat. Semoga Allah memelihara iman kita dan amalan kita dan diterima sebagai suatu amalan yang baik di akhirat nanti. Amin...

Friday, May 11, 2007

Tinggalkan apa yang meragukan

Petang tadi sebelum balik sempat singgah makan kat warung area masjid india. sambil makan sambil memerhati. ternampak ada 2 restoran yang agak meriah tetamunya. satu restoran indian vegetarian. satu lagi restoran indian gak. tapi ada tulis halal.

ramai jugak umat2 yang bertudung dan berjanggut (Islam) mengunjungi restoran tersebut. mungkin atas dasar halal yang terdapat pada signboard restoran. ataupun sbb namanya vegetarian. sudah tentulah tak menghidangkan makanan berasaskan daging.

cetek sungguh pemikiran kita umat Islam. sebagai seorang pengguna Islam yang bijak, maka kita sepatutnya menyedari bahawa makanan yang ada di restoran itu dimasak oleh tukang masak India bukan Islam. jadi bagaimana agaknya tekak kita boleh menerima masakan org bukan Islam?

soal vegetarian bukanlah persoalannya. kerana apa juga jenis makanan yg dimasak oleh orang bukan Islam maka diragui status halal dan kebersihannya. walaupun ianya makanan berasaskan sayuran.

oleh itu, saya ingin mengingatkan diri sendiri dan umat Islam yang lain agar berhati2 dalam soal pemilihan makanan ini. kerana ia akan menjadi darah daging kita.

Saturday, April 28, 2007

Kejayaan Manusia Dalam Mentaati Perintah Allah

Inna falaahana wa najaahana bimtithali awaamirillah....

Sesungguh kejayaan manusia tidak terletak pada keduniaan yang ada padanya. Kejayaan manusia bermula apabila dia mentaati perintah Allah dalam keadaan di mana saja dia berada.

seorang yang sakit tidak perlu sembuh untuk berjaya, seorg miskin tidak perlu kaya untuk berjaya. sebaliknya seorang yang sakit akan berjaya bila di dalam kesakitannya, dia mentaati perintah Allah. begitu juga seorg miskin akan berjaya apabila di dalam kemiskinannya itu dia mentaati perintah Allah. itulah ukuran kejayaan bagi manusia.

kejayaan tidak dibuktikan dengan benda. juga keadaan. berjayanya nabi Ibrahim a.s bukanlah apabila dia tidak terbakar di dalam api. Dan tidaklah dikatakan gagal kepada ashabul ukhdud, apabila mereka semua mati terbakar di dalam api. kejayaan bukanlah terletak pada terbakar atau tidak terbakar, sebaliknya kejayaan terletak pada ketaatan pada perintah Allah s.w.t. Nabi Zakaria a.s telah digergaji hingga putus dua, manakala Nabi Ismail tidak lut disembelih dgn pisau tajam. kedua2nya berjaya kerana mentaati perintah Allah s.w.t.

kita akan berjaya apabila kita mentaati perintah Allah dalam apa juga keadaan. sama ada kita bekerja, menganggur, bertani, berniaga dsb, apabila kita dahulukan perintah Allah, insyaAllah kita akan berjaya dengan sebenar2 kejayaan.

Maha Suci Allah

Assalamualaikum....

Segala pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam...selawat dan salam buat Rasul Junjungan Muhammad s.a.w.

insyaAllah, blog terkini daripada aku. bakal memuatkan bayan dan ceramah maulana. maulana tu aku ke? wallahua'lam...keskeskes